Template by:
Free Blog Templates

7 September 2010

Hangus





Pada ketika Siak dalam daerah Larut, Matang dan Selamayang lain menerima sumbangan Hariraya pagi tadi, rumah Mohamed bin Hamid di Kampung Banggol Sebelah, terbakar hangus awal pagi Selasa.

Begitupun, Mohamed yang juga bilal Mesjid Kampung Perak, Batu Kurau bersyukur kerana beliau dan isteri serta anak dan lima cucunya termasuk beberapa orang oku selamat daripada seberang kemalangan jiwa.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 1 pagi dan berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba daripada Taiping, setengah jam kemudian.

Mohamed kini menumpang di rumah orang tuanya yang juga tinggal berdekatan di Kampung tersebut.

Saya sempat melawat tempat kejadian selepas majlis penyerahan bantuan raya kepada Imam, Siak dan Guru Kafa daerah di Dewan Majlis Perbandaran Taiping untuk menyampaikan sumbangan daripada Baitulmal dan peribadi.

ADUN Batu Kurau, kapt. Datuk Najmuddin Elis turut sama menyerahkan sumbangan Bencana Alam sebanyak RM 1,000 dan juga sumbangan peribadi.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Perak, Zakaria Hamid.

Punca kebarakan masih belum diketahui. Usasa sedang dibuat bagi mendapatkan bantuan segera membiina semula rumah Mohamed.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kenapa sumbangan bencana alam tidak termasuk tanaman musnah disebabkan babi hutan dan kera?

Selaunya kerajaan membantu negara lain dalam mala petaka (kera dihutan disusui). Tapi masih banyak orang tempatan yang perlu bantuan bencana alam.

Jika YMDS proaktif cuba lihat pokok rambutan di tanah Allahyarraham YM Raja Hj.Omar di Tebing Tinggi dari zaman dulu tidak berbuah. Habis dimakan kera.

Bencana alam seperti ini kurang mendapat perhatian.

Sekian YMDS.