Template by:
Free Blog Templates

25 September 2010

BN bergerak











Kompenen parti Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergerak sendirian jika mereka mahu terus kuat.

Sebaliknya mereka harus bersatu dan saling hormat menghormati diantara sama lain kerana itu telah menjadi prinsip BN.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata demikian di majlis hari raya Aidilfitri dan pelancaran pusat khidmat bergerak BN negeri di bangunan UMNO di Ipoh, pagi tadi.

Sebarang pergeseran merugikan parti, terutamanya menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dr Zambry yang juga pengerusi BN Perak yahin parti itu masih diterima oleh rakyat memandangkan rekod cemerlang yang lepas.

Begitu pun mereka tidak boleh ambil mudah dan berada dalam zon keselesaan, sebaliknya terus bekerja keras.

Beliau juga mengumumkan penubuhan kelab penyokong BN semua peringkat bagi menarik lebih ramai menyertai parti tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah pemimpin kompenen peringkat negeri Perak.

pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan futsal dan melukis untuk kanak-kanak di perkarangan bangunan UMNO negeri.

0 comments: