26 September 2010
Warga Emas
Saya terkejut apabila diberitahu bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Warga Emas yang sedang terlantar sakit, Shamsiah binti Abdullah, 85 tahun di Kampung Padang Das. akan dihentikan.
Sebaik diberitah hal tersebut, Saya segera melawat Shamsiah dan dimaklumkan hal tersebut oleh anak perempuan beliau.
Shamsiah menerima bantuan bulanan RM300 sebulan kira-kira setahun yang lalu. Sehubungan dengan itu, Saya merayu kepada JKM agar meneruskan bantuan tersebut bagi meringankan bebanan beliau.
Saya juga berharap JKM menyiasat kebenaran hal tersebut dan mohon mendapatkan penjelasan mengenainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sedih kita warga emas di perlaku begini rupa,
di mana-mana pemimpin hanya membabi buta,
tak tahu asal cerita,
melepaskan tanggungjawab pada memanda.
Bukankah masyarakat sekeliling punya angkara?
Jiran tetangga tidak menyapa, tidak bertanya dah makan ka?
Jika mati jiran, akibat kebulur, takkan tak ada bubur, walau apek atau aci bahkan melayu Islam, perlembagaan istimewa 153, adakah kerajaan benar prihatin pada kita?
Dun Kubu gajah begitu istimewa,
memang orang politik tampal kulit babi aja,
mula2 warga emas di mulia, kemudian di cela, barulah ADUN datang menjelma?
Nak tunjuk pada ramai dia seorang buat kerja?
Berpolitik juga isu warga emas yang tidak berdaya,
kemana pergi waras fikiran anak muda?
Melayukah Islam di kata sempurna?
Membiarkan pendusta agama berleluasa,
pemimpin bersandiwara, tahta raja dan harta pula di rampas saudara,
mengapa?
Berulang cerita sang sa purba,
demang lebar daun, cik siti wan kembang dan putri sa'adong di sana,
raja zalim punya angkara,
anak cucu menderita,
si kitol durjana,
memanda buat kerja,
sebagai penglipur lara!
YMDS dan ANONYMOUS
Sebelum kita memberi komen kita perlu jumpa JKM dahulu kerana mereka ada prioriti dan agenda tersendiri atau tersembunyi.
Kalau tak betul barulah kita beri komen atau pun bersajak tentang kelemahan orang lain.
Saya pernah berbuat demikian setelah berjumpa semua pihak terlebih dahulu barulah saya berikan komen negatif.
Kalau tidak sampai bila pun Melayu tidak dapat bersatu kerana kita terlau sentimental dan kita mengagak kitalah yang paling panadai daripada ADUN dan pegawai JKM. Perkara ini bukan macam main dam saja.
Sekian pandangan saya YMDS.
Post a Comment