Template by:
Free Blog Templates

13 September 2010

Cukai















Ketua-Ketua Kampung digesa mengadakan kempen untuk memberi kesedaran kepada pemilik tanah pentingnya mereka membayar hasil tanah sepertimana yang dijadualkan.

Rakyat harus sedar punca utama pendapatan Negeri adalah daripada kutipan hasil yang kelak akan dipulangkan semula kepada mereka melalui kemudahan-kemudahan asas yang disediakan Kerajaan.

Tunggakan kutipan cukai keatas tanah-tanah terbiar barangkali banyak kerana pemilik yang tidak membayar hasil tanah berdasarkan tanah mereka tidak dimajukan.

Saya berkata demikian di majlis jamuan Hariraya Aidil Fitri peringkat DUN Kubu Gajah di Dewan Terbuka, Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi.

Peruntukan tambahan sebanyak RM80 juta yang diluluskan Kerajaan Negeri baru-baru ini akan dibelanjakan hasil pendapatan cukai tanah untuk pembangunan rakyat termasuk RM 30 juta seperti memasang lampu-lampu jalan di kampung-kampung tradisi.

Di majlis itu juga disampaikan dermasiswa Yayasan Perak kepada 37 orang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi, Bantuan mangsa banjir dan sumbangan kepada warga emas.

Saya juga mencadangkan peruntukan khas disediakan kepada Ketua-Ketua Kampung sebagai meningkatkan peranan dan tanggungjawab mereka, selain elaun dan tambahan bilangan ahli JKKK.

0 comments: