Template by:
Free Blog Templates

30 September 2010

Penghulu








Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama, Saya sempat menghadiri jamuan Hariraya Aidilfitri Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali di pejabatnya tengahari tadi.

Ramai yang hadir memeriahkan jamuan tersebut termasuk Ketua-Ketua Kampung dan Pemimpin politik yang diadakan bilik Gerakan dan perkarangan pejabat Penghulu Ijok.

Semoga majlis yang dianjurkan itu akan mengeratkan lagi silaturahim antara Pentadbir Mukim dengan masyarakat setempat.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila saya bejalan larut malam dari Pondok Tanjung ke Ijok dan ke Cangkat Lobak keadaan macam menakutkan.

Adakah penghulu dan ketua kampung lalu di kawasan ini setelah sebelas malam?

Kalau kawasan di tepi jalan tidak dibiarkan menjadi hutan (terbiar jadi hutan) tentulah keadaan menakutkan ini tidak terasa sangat.

Malahan jika masyarakat kampung tidak berhijrah ke bandar tentulah kampung yang pernah tertinggal (ketinggalan) bertukar suasana.

Cuba YMDS galakkan Penghulu dan Ketua Kampung memberi perangsang untuk mengelakkan masyarakat kampung supaya tidak berhijrah ke bandar dengan mengadakan pembangunan yang boleh menjana pendapatan mereka.

Saya terasa sunyi sangat kerana masyarakat kampung saya hampir semuanya meninggalkan kampung berhijrah ke bandar kerana kata mereka kampung saya tidak dapat menjana pendapatan seperti yang mereka perolehi di bandar.

Kesimpulannya, ialah kemajuan kampung hendaklah dipertingkatkan supaya masyarakat tidak pindah ke bandar.

KPI kampung yang berjaya ialah apabila saudara mara balik kampung (membina rumah/bermastutin) setelah berpencen.

Lagi ramai yang balik kampung (bina rumah) maka lebih majulah kampung tersebut. Itulah KPI kemajuan kampung yang saya kehendaki.

Saya lihat di Melaka ramai masyarakatnya balik kampung bila bersara tapi di Jajahan Selama semua rakyat Selama yang terkenal tak balik kampung.

Yang terkaya di Selama pun tak balik kampung. Yang paling terkenal di dunia pun tak balik kampung. Bila saya ke luar negara namanya selalu disebut2. Tapi di Malaysia beliau tidak terkenal kerana kita selalu nampak mereka yang kaki ampu yang dikenali.

Orang ( seorang Datuk) yang paling banyak meemberi pekerjaan kepada masyarakat Selama pun tak balik kampung setelah bersara.

Sekian untuk makluman YMDS.