Template by:
Free Blog Templates

29 September 2010

lawat Imam





Hujan turun agak lebat sebaikt tiba di Felda, Ijok, petang tadi, tetapi sebaik sampai ke rumah bekas Imam Mesjid Ijok, Zainon bin Rahim, 82 tahun hujan mulai renyai-renyai.


Zainon yang tinggal di peringkat 2, bersama isteri yang sedang uzur sakit tua, begitu terharu menerima kunjungan saya. Beliau terlantar sakit sejak sebulan lalu selepas jatuh.

Beliau yang begitu disegani di Felda Ijok juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Kemudia bermotor bersama Ketua Kampung Felda Ijok, Shukur Haji Jaman, Saya melawat Zamanhuri bin Hussein, 46 tahun di peringkat 4 yang sedang sakit buah pinggang.

Beliau tinggal bersama isteri dan anak-anaknya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sekarang ni ada banyak program TOP TEN dan ramai pula yang dikatakan MR TEN PERCENT.

TOP 10 bermakana lawatan (termasuk kenduri) hanya dibuat kepada kumpulan 'elit' kampung seperti Imam, JKK (termasuk politik), Ketua Kampung dan mereka yang ada kedudukan dan pengaruh di kampung-kampung sahaja.

Nampaknya YMDS juga melawat orang yang bukan hanya dalam lingkungan TOP TEN PERCENT sahaja. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Sekian. Terima kasih.