Template by:
Free Blog Templates

28 January 2012

Bermotor


















Mengetuai program ziarah bermotor ke rumah-rumah peneroka di Felda Ijok petang tadi.

Program melibatkan seramai 25 orang belia anjuran bersama Biro Tata negara (BTN) cawangan Perak.

Program itu melibatkan sebanyak 12 buah rumah dan diantara yang dilawat ialah peneroka yang uzur dan ibu tunggal.

Bungkusan berupa barangan makanan dan dapur turut disampaikan sepanjang program tersebut.

Turut sama dalam program tersebut ialah timbalan pengarah BTN negeri Mohd Termizi, ketua pemuda UMNO bahagian Larut, Anuar Ariffin, ketua kampung Felda, Haji Shukur Haji Jaman, Naib ketua Puteri bahagian, Junaidah Ismail dan ketua Belua Felda, Rosnizam Bin Che Mat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada BTN diatas pengajuran program melibatkan belia.

Program turun ke padang melawat peneroka Felda yang uzur dan ibu tunggal merupakan aktiviti harian saya.

Dalam lawatan dan ziarah petang tadi sebuah rumah telah dikenalpasti untuk dibaiki.

0 comments: