Template by:
Free Blog Templates

11 January 2012

Projek





Jawatankuasa dan keselamatan kampung (JKKK) dan orang ramai diminta membantu sama-sama menjaga dan melaporkan jika ada mana-mana individu yang tidak bertanggung jawab merosakkan kemudahan awam.

Saya amat kesal sikap mereka yang suka merosakkan kemudahan awam yang bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat.

Saya berkata demikian selepas melawat satu projek kemudahan awam di pekan Kubu Gajah yang rosak akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggung jawab.

Penduduk buat desakan kepada Kerajaan membina kemudahan untuk kegunaan orang ramai,tetapi ada pula golongan yang bersikap tidak bertanggung jawab.

Saya juga berharap rukun tetangga turut membantu menjadi mata dan telinga Kerajaan menjaga kemudahan awam.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah pengerusi rukun tetangga pekan Kubu Gajah. Abdul Karim Ismail.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa letak balai polis bukan di Selama tetapi ia sepatutnya dibina di Kubu Gajah seperti di Sepang kerana pencuri buah kelapa sawit sentiasa berlaku dan begitu juga yang merosakkan bangunan awam.

Sekian