Template by:
Free Blog Templates

4 January 2012

Lawat penduduk







Melawat seorang warga emas di kampung Teras dekat Ijok dalam Dun Kubu Gajah yang uzur dan menumpang di rumah adik lelakinya, petang tadi.

Mayan binti Ahmad, 75 tahun tinggal sendirian dan kini dirumah adik, Che Had bin Ibrahim.

Beliau begitu terharu atas lawatan saya yang mengambil berat keadaannya.

Turut hadir ketua kampung Teras, Abdul wahab Mat Yatam.

Seorang lagi Zimah binti Hamzah, 59 tahun di kampung Bendang Luas yang kena stroke.

Beliau tinggal bersama suami, Kassin bin Radhilah, 70 tahun yang bekerja kampung.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Salah satu exercise untuk mengelakkan
stroke ialah menebas rumput sebelum matahari naik atau pun semasa hendak terbenam kerana keseluruhan otot badan bergerak.

Biro UMNO yang berkaitan dengan riadah perlu memberi taklimat cara menebas untuk mengelakkan stroke.

Ada orang mengatakan penyakit jantung dan dtroke ini ada kaitan dengan penyakit orang senang (kurang bekerja). Galakkanlah mereka bertanam sayur keliling rumah.

Jika YMDS hendak bantu mereka berikan saja biji benih dan baja. Kalau kita bagi duit atau beras ia akan habis begitu sahaja, tiada kesinambungan.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Saya syorkan YMDS pergi melawat negara Scandanevia untuk melihat bagaimana warga emas diambil berat.

Kalau YMDS hendak lawat satu persatu setahun pun tak habis.

Di Brunei setelah mereka berumur 65 tahun gaji pencen mereka sama seperti gaji akhir semasa mereka mula berpencen. Yang janda dan seumpamanya dapat elaun sara hidup.

Di US dan UK lagi banyak anak kecil lagi dapat banyak bantuan. Ada orang tak kerja2 asyik beranak sahaja. Bayangkan kalau ada 32 anak boleh jadi setengah jutawan dan dapat membuka satu cawangan UMNO.

Murid saya di UPSI saya cadangkan kahwin 4 kalau hendak menjadi calon. TAK PAYAH DEMONSTRASI. 4 KALI 12 BERSAMAAN 48 AHLI umno atau mana-mana parti pun. Buat apa demonstrasi.

TQ

Shikeen Lisa said...

YB, dimaklumkan Puan Mayah Binti Ahmad, 75 tahun tidak tinggal bersendirian sebaliknya tinggal bersama anak2 beliau sejak 30 tahun yang lalu..Laporan yang salah di dalam blog YB dan juga Sinar Harian telah menimbulkan kekecohan dan keadaan yg kurang selesa terpaksa ditanggung oleh beliau dan ahli keluarganya, diharap pihak YB dapat berbuat sesuatu memperbetulkan laporan berkenaan. Jika YB inginkan pengesahan mengenai kesahihan keadaan kehidupan beliau yg sebenar, YB boleh singgah di rumah kami sekali lagi jika ada lawatan ke Kg. Teras, Ijok. YB boleh bertanyakan kepada Ketua Kg, En Abdul Wahab Bin Yatim. Kami sekeluarga amat berdukacita di atas ketidakbernaran laporan ini. Sekian, terima kasih.