Template by:
Free Blog Templates

10 January 2012

Peneroka uzur












Peneroka Felda, Ijok yang uzur juga gembira dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke tempat mereka.

Perdana Menteri akan melakukan lawatan dan berucap di satu perhimpunan Felda, Ijok pada sabtu ini.

Dalam program turun padang tengah hari tadi di Felda Ijok, saya telah melawat beberapa lagi peneroka yang uzur.

Salah seorang warga emas yang saya lawat di peringkat 2 Felda ijok ialah Nordin bin Salim, 85 tahun.

Kemudian diperingkat 2 juga, saya melawat seorang lagi warga emas ialah Saayah Binti Yakim, 81 tahun.

Seorang lagi peneroka ialah Aminah Binti Mat, 80 tahun juga di peringkat 2.

Manakala seorang lagi Rokiah binti Ismail 79 tahun juga di peringkat 2.

Kesemua yang saya lawati uzur kerana sakit tua. Mereka mengalu-alukan lawatan bersejarah Perdana Menteri ke Felda Ijok.

Turut sama memberi sumbangan dalam lawatan tersebut ialah RTM cawangan Ipoh.

Turut hadir ketua kampung Felda Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung.

0 comments: