Template by:
Free Blog Templates

3 January 2012

Gelung dibaiki






Meninjau kerja-kerja menggantikan gelung jalan kampung yang pecah di Kampung Sungai Dendang Hilir dekat Titi Ijok, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Gelung itu pecah akibat Kenderaan berat yang dilaporkan menggunakan jalan tersebut.

Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan tersebut kerana ia tidak sesuai.

Saya telah meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan supaya meletakan Papan Tanda bagi memberi peringatan keatas kenderaaan berat agar tidak lagi menggunakan jalan tersebut.

Jalan tersebut adalah satu-satunya perhubungan utama ke Kampung berkenaan dan jika ia rosak lagi ia akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang baik sekali buat gate besi yng rendah yang didak boleh dimasuki lori.

Jika lori masuk JKKK yang memegang kunci gate hendaklah meminta deposit 5 ribu ringgit.

Kalau jalan rosak gunakan wang ini, Yang lebihnya beri balik kependeposit.

Haji Rejam buat begini bila lipan atau seumpamanya menggunakan jalannya yang ada palang besi. Lihatlah di tepi tanah YMDS.

Jalan ke tanah saya habis rosak tapi JKKK tidak turun padang. Yang turun padang hanya wakil rakyat yang selalu ke sebelah Ijok sahaja.

Dulu2 ada orang kita selalu ke Siam sahaja. Tidak tahulah kenapa mereka tertarik dengan Thailand sahaja.

Saya harap YMDS elakkan selalu sangat pergi sebelah ijok. Kita ada 12/13 kampung. Tukar-tukar seliralah. Jangan tunggu jemputan.Ikut jadual macam orang ada bini empat. YMDS ada 13. Sehari di sini dan sehari di sana kalau hendak menang PR 13.

Sekian