Template by:
Free Blog Templates

3 January 2012

Jalan siap












Penduduk-Penduduk di Ladang Lembah Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah boleh menarik nafas lega kerana dua projek yang selama ini menjadi penantian mereka, akhirnya terlaksana juga.

Projek bekalan Air Paip telahpun siap dilaksanakan bulan November yang lalu manakala kerja membaiki jalan ke Ladang tersebut juga telahpun diluluskan.

Petang tadi, Saya meninjau kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak ke Ladang Lembah Keluang yang dijadualkan siap dalam tempuh beberapa hari lagi.

Jalan tersebut merupakan jalan utama ke Ladang tersebut, tetapi rosak akibat pengambilan pasir dan mengangkut buah Kelapa Sawit.

Kebanyakan penduduk di Ladang tersebut ialah kaum India.

Ketika meninjau projek berkenaan, Kontrektor yang terlibat bekerja begitu keras bagi mempastikan projek bernilai kira-kira RM 50,000 siap mengikut jadual.

Pada masa ini, hujan sentiasa turun dengan lebat terutama pada sebelah petang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ladang ini ladang Boustead. Kenapa YMDS tidak minta Boustead menaik taraf jalan ini kerana mereka lebih kaya dari hasil yang keluar dari kawasan dewan undangan KG.

Saya rasa Boustead lebih mendapat untung dari pengeluaran ladangnya daripada kapalnya.

Saya sangat terkilan kerana Bustead tidak membantu menaik taraf jalan ini.

Pengarahnya hampir semua askar pencen yang berkait rapat dengan Menteri Pertahan. Saya lihat dalam gambar YMDS dengan Menteri Pertahanan sangat akrab lagi.

Jalan sudah dibaiki. Boleh tidak Boustead bina taman perumahan seprti di Johor di ladang Lembah Keluang supaya ia menjadi metropolitan Kubu Gajah?

Sekian.