20 August 2010
Duit raya
Cek sebanyak RM 201,000 sumbangan felda untuk duit raya peneroka felda untuk duit raya peneroka felda, Ijok telah saya sampaikan petang tadi.
Mok cek tersebut saya sampaikan kepada pengurus felda Ijok, Razali bin Dan di majlis anjuran seranta felda jabatan Perdana Menteri di perkarangan masjid Al-Shukriyah, felda Ijok.
Dalam ucapan, saya menyeru seluruh umat islam bersatu jika mereka ingin mengekalkan ketuanan melayu dan terus menguasai kepimpinan dan pentadbiran negara.
Mereka harus melihat dan menjadikan iktibar dengan nasib orang melayu jika mereka hilang kuasa.
Warga felda harus bersyukur dan berterima kasih dengan keupayaan Kerajaan Barisan Nasional(BN) menjaga kebajikan mereka.
Saya turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada beberapa orang warga emas.
Semua yang hadir diraikan dalam majlis berbuka dan kemudian beramai-ramai solat berjemaah Maghrib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bersyukurlah dengan pemberian duit raya itu.
Kerana bersyukur akan membuatkan rezeki kita bertambah.
Jangan undi pakatan rasuah pulak nanti.
Sebab apa yang dah diberi pakatan rasuah terutama di negeri yang mereka perintah?
YMDS,
Kementerian asas tani selalu memberi laporan tentang keuntungan penjual hasil kayu getah, getah, kayu kelapa sawit, minyak sawit semua yang berkaitan dengan pengeluaran hasil getah dan kelapa sawit. Bolehkah yang berhormat tanya dewan bagaimana wang keuntungan ini diuruskan.
Kalau FELDA mereka dapat balik dalam bentuk duit raya dan duit 'pilihan raya'. Bermakna semasa apa jenis raya pun mereka dapat durian runtuh.
Pekebun kecil hanya dapat hasil menaikkan taraf tanah jalan ke rumah2, bukan ke kebun2 mereka. Kerajaan (kecuali kerajaan tempatan) dapat wang hasil tani dari kebun bukan dari penghuni rumah tapi mereka yang beruntung.
Inilah salah satu sebabnya tanah kurnia kerajaan di pendalaman habis dijual kepada mereka yang ada wang untuk membuat jalan tanah merah ke ladang-ladang mereka. Yang miskin yang tidak mempunyai wang untuk mengurus jalan untuk pengankutan kelapa sawit ke jalan raya habis menjual tanah mereka ke orang kaya yang dapat membina jalan 'feeders'/tanah merah.
Ada juga mereka meminta toll jika kita lalu tanah mereka kerana selalu mendapat kerosakan. JKKK tak nampak pun perkara ini berlaku walaupun ada antara keluarga mereka telah menjual tanah kurnia. Mereka mahu kita laporkan sahaja. Mereka hanya reaktif tidak proaktif.
Boleh tidak YMDS memilih ketua kampung dan JKKK yang PROAKTIF. Kalau kita tunggu orang miskin memberi laporan tentang permasalahan ke JKKK sudah tentu mereka tidak berbuat demikian. Yang mereka tahu hanya pindah atau tunggu bila anak mereka bekerja untuk membantu mereka dimasa hadapan.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment