Template by:
Free Blog Templates

22 August 2010

Agenda perpaduan








Mereka yang memperlekehkan kutbah jumaat harus dikenakan tindakan kerana ia menghina agama Islam.

Islam adalah agama rasmi negara dan ia harus dihormati oleh semua pihak termasuk yang bukan beragama Islam.

Mengenai perpaduan Ummah, saya telah menyarankan semua ketua kampung dalam Parlimen Larut menjadikan isu perpaduan sebagai agenda utama dalam semua mesyuarat JKKK.

Walaupun Islam agama rasmi, tetapi ia tidak menyekat kebebasan beragama. Justeru kebebasan itu janganlah pula ada yang mengambil kesempatan.

Ini kerana isu perpaduan semakin penting untuk memastikan masa depan orang melayu terjamin sertan juga bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan raya dan majlis berbuka puasa peringkat Dun Batu Kurau di masjid Mukin Batu Kurau petang tadi.

Semua ketua-ketua cawangan UMNO dan ketua kampung turut hadir di majlis dan juga diadakan tahlil.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya memohon YMDS sendiri dan semua YTM Sultan dan Raja2 mestilah mengambil tidakan kepada mereka yang memberlekehkan agama kerana perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah dalam jagaan dan pentadbiran YTM Sultan2 dan Raja2.

Kalau YTM Sultan tidak boleh berbuat apa2 YM Raja-lah pula akan membantu YTM Sultan2 untuk berbuat sesuatu. Kalau tak boleh panggillah Hang Tuah dan Hang Jebat tapi perkara ini bukan dalam jagaan mereka.

Cuba lihat balik perjanjian Inggeris dengan Sultan Kedah. Saya rasa perjanjian itu tidak sah.

Begitu juga antara Sultan Johore dan British-Singapura kerana di Singapura sudah ada rajanya sendiri sebelum Sultan Johore. Begitu juga Pulau Pinang. Orang Acheh dah ramai di Pulau Pinang. tapi mereka nak kaya cepat semua tanah mereka dekat Perangin Road dijual ke Cina dan akhirnya mereka berpindah ke Kedah.

Sekian untuk makluman YMDS