21 August 2010
Nasib orang melayu
Orang melayu harus sepakat dan satu hati dalam menyatasi masalah mereka.
Ramai yang simpati dengan delima orang melayu di Pulau Pinang dan ia harus dijadikan iktibar kepada orang melayu seluruhnya.
Saya berkata demikian ketika berucap di Majlis berbuka di rumah Haji Dala Bin Haji Nasir 77 tahun di pulau Damar, Sungai Ara petang tadi.
Justeru orang melayu jika berpecah, mereka akan menjadi semakin kecil dan akhirnya hilang kuasa di tanah tumpah darahnya sendiri dan kembali dijajah.
Turut hadir ketua kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah dan ahli-ahli JKKK dan ketua-ketua kampung berhampiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Kalau kita suruh orang Melayu berpadu mungkin mereka katakan mereka sudah berpadu.
Tapi jika YMDS menerangkan sedikit sebanyak kenapa orang kampung tidak berpadu di sesetengah tempat mungkin mereka nampak yang mereka masih tidak berpadu.
Pengelaman saya, sebagai contoh, saya memang mahu berpadu tapi mereka yang tidak mahu.
Diperingkat kampung banyak perselisihan berlaku disebabkan perkara kecil tanpa pengetahuan YMDS.
Misalnya penternak lembu kambing dengan mereka yang bercucuk tanam.
Yang kedua, mereka tidak beri kita mengunakan tanah mereka sebagai laluan tapi mereka pula mahu menggunakan tanah kita sebagai laluan ke tanah mereka.
Yang ketiga posmen suka letak surat di rumah orang lain.
Banyak lagi contoh-contoh yang lain yang tidak sepatutnya saya senaraikan di sini. Macam budak-budak pula kalau saya senaraikan semuanya.
Kesimpulannya ialah kalau kita komplen mereka secara ikhlas, mereka menjadi marah.
Banyak cek melalui surat tidak saya terima semasa posmen Kubu Gajah yang dahulu. Cuba fikirkan kalau saya beritahu posmen tersebut tentang surat selalu tak sampai ke dalam peti surat yang saya sediakan. Tentulah saya dipandang sebagai seterunya.
Kadang2 mereka minta tol untuk menggunakan jalan mereka. Kalau kita minta tol kepada mereka yang lalu di tanah kita keluarga mereka habis semuanya akan memboikot kita.
Dalam satu kes anak saudara saya menerima surat tentangan dengan meletakkanya dikeritanya notis yang agak menakutkan (Di Sungai Malau Dalam) supaya jangan menggunakan laluan ditanahnya. Tetapi orang yang sama saya lihat asyik lalu di tanah orang lain tanpa menerima notis. Akhirnya tanah tersebut dijual ke puak mereka juga.
Begitu juga pembela lembu. Kalau saya suruh mereka ganti rugi tentulah mereka tidak lagi berbuat baik dengan saya.
Jadi macam mana hendak bersatu. Kalau saya kenduri orang begini takkan datang kekenduri saya.
Kes yang di atas adalah sebahagian daripada perkara kecil tapi ia melibatkan pertalian persaudaraan/keluarga dan seterusnya akan menjadi kepuakan (berpuak2)akan menjadi-jadi.
Kesimpulanya YMDS perlu menerangkan sebab2 sesetengah penduduk kampung tidak maufakat.
Kalau di Bandar bolehlah YMDS memberi syarahan seperti yang YMDS lakukan sekarang ini.
Tapi saya rasa di kampung lain sedikit. Mereka sentiasa mengingat yang mereka sudah pun berpadu.
Nampaknya perpadaun mereka yang selalu pergi ke Masjid lebih erat daripada yang lain2. Sepatutnya banyak aktiviti2 yang lain perlu diadakan di Masjid seperti kelas bimbingan dan mengadakan bilik bacaan.
Sebagai permulaan jika ada majalah atau buku2 YMDS dan kawan2 yang lain yang tidak dipakai lagi bolehlah hantarkanlah ke masjid2 supaya dapat dibaca oleh orang ramai terutama sekali yang berkaitan dengan agama dan untuk pembangunkan/kemajuan ummah seperti buku pelajaran dun keterangan untuk mendapat kerja dan melanjutkan pelajaran.Jangan buku berbau politik sudahlah!.
Sebagai contoh, buku berkenaan Tekun pun tiada di masjid2.
Sekian untuk makluma YMDS.
salam,
jangan bimbang tak lama lagi selepas pru 13 melayu akan hilang majoriti malaysia akan diperintah olih dap buat ketika ini 4 buah negeri telah pun diprintah olih dap iaitu penang kedah kelantan dan selangor, n ajis telah pun dijinakkan olih dap . melayu telah jadi minoriti 20% pas 20% keadilan dan 20% umno ...bye
Post a Comment