Template by:
Free Blog Templates

26 August 2010

Sekolah Kebangsaan hangus




Sekolah Kebangsaan Jelai di Batu Kurau petang tadi terbakar hangus.

Kebakaran disedari jam 3,45 petang. Ketika kejadiaan guru besar berada dalam bilik dan beberapa orang pegawai dan kakitangan yang lain.

Bangunan 2 tingkat yang hangus itu telah memusnahkan satu bilik guru besar, lima bilik darjah dan satu bilik komputer.

Saya selepas dimaklumkan telah berkejar ke sekolah tersebut. Saya juga telah menghubungi setiausaha sulit timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri pelajaran mengenai kebakaran tersebut.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan saya dimaklumkan pelajar-pelajar terbabit terpaksa menggunakan dua buah dewan serbaguna dan orang ramai buat sementara.

Dalam kebakaran itu bagaimana pun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Ketika saya sampai, Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan , Mohd Isa Taha telah memberi taklimat.

5 comments:

taipingmali said...

Aduh, mungkin masalah pendawaian elektrik yang lama....

KAPAKTAJAM said...

KAPAK bersyukur walaupun bangunan sekolah terbakar, namun tiada kemalangan yang mengorbankan jiwa murid2. Semuanya selamat, itu yang penting.

tabuan said...

Akm dato dan selamat berpuasa,
Pada fikiran dato apakah mampu bomba yang duduk di Taiping datang memadamkan kebakaran di Jelai?
Saya banyak kali menulis di blog saya tentang balai bomba di letakan di jelai atau pon di pekan batu kurau.
Sekarang kesempatan politik terbuka luas untuk kita memohon balai Bomba supaya di bina di pekan Jelai.
Gendang sudah di palu kita hanya perlu menari, bagai mana cara kita nak menari terpulang pada kita.

P/s Saya sedang menunggu VAN brek sapu kemalangan jatuh dalam kilang rotan, maka saya akan mintak BAS pula..

Anonymous said...

YMDS,

Diharap kerajaan dapat menggantikan dengan sekolah (terbilang)yang serba moden dan paling lengkap supaya menjadi mercu tanda sekolah luar bandar yang pertama di Malaysia sebagai hadiah PRU 13 yang akan datang.

Sekian untuk makluman YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

difahamkan sejumlah peruntukan telah diluluskan oleh menteri pelajaran untuk menggantikan bangunan terbakar dengan yang baru secepat mungkin.