4 August 2010
Tekun
Banyak permohonan Tekun didapati lewat mendapat kelulusan.Justeru pihak berkenaan diharap dapat bertindak bagi menggurangkan kes tunggakan permohonan.
Saya sendiri menerima banyak aduan daripada pemohon yang ingin mendaptkan pinjaman Tekun. Begitupun, pada masa yang sama, ramai juga peminjam yang gagal membayar balik hutang mereka.
Baru-baru ini, Saya melawat Kedai Runcit, Roslina binti Tajeri di Sungai Ara yang juga menunggu permohonan pinjaman Tekun untuk mengembangkan pernigaan beliau.
Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah sentiasa menerima banyak permohonan untuk mendapatkan sokongan, pinjaman Tekun..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Perlu juga pinjaman ini di pantau. Orang dekat rumah saya pinjam tekun untuk membeli motosikal.
Saya hendak pinjam motosikalnya untuk menoreh getah pun beliau keberatan untuk memberi pinjam.
Oleh kerana kita hidup berjiran tak bolehlah laporkan perkara ini ke pihak yang berwajib. Lagi pun saya mahu beliau masuk UMNO kerana beliau masih memangkah PAS (Ini lah maksud saya bersatu padu di tahap kedua).
Sekian untuk makluman YMDS.
Hasrat kerajaan memang murni untuk membantu rakyat tetapi pelaksanaan diperingkat pegawainya yang lemah. Terjadilah apa yang kita dengar yang patut dapat tetapi tak dapat manakala yang tak patut dapat diluluskan pinjaman. Sudahlah dapat pinjaman nak bayar balik punya la liat.Itu cerita TEKUN, cerita rumah MESRA RAKYAT SPNB lagi syok YMDS oi. Saya rasa YMDS pun tau tapi buat-buat tak tau. Yang memohon memang untuk dijadikan tempat tinggal tak dapat tapi yang dah ada rumah memohon pulak yang dapat. Apa lagi YMDS oi, rumah tersebut buat sewa la. Di Kubu Gajah saja ada 3 buah rumah dijadikan sewa. Di Selama pun ada. Apa tindakan kepada mereka ini. Duit sewa rumah lebih banyak daripada duit bayar bulanan kepada SPNB. Kerajaan kena tegas ni kerana yang buat hal ni semua orang UMNO yang ada bisa sama ada di cawangan atau di Bahagian.Renungkanlah. Fikirkanlah apa yang patut dibuat.
Post a Comment