9 August 2010
Nasyid semakin popular
Selain menganjurkan pertandingan Nasyid, mencipta lirik lagu berunsurkan agama dan memberi nasihat juga harus digalakan.
Berdakwah secara sederhana boleh menarik lebih ramai remaja mendekati agama. Pertandingan Nasyid adalah salah satu cara yang terbaik.
Saya berkata demikian ketika menutup majlis dan penyampaian hadiah pertandingan Nashid peringkat Negeri Perak anjuran Jabatan Penerangah di perkarangan Bangunan UMNO Batu Kurau, malam tadi.
Kumpulan Nasyid dari Felda, Ijok dalam DUN Kubu Gajah muncul johan dan mengondol hadiah dan wangtunai sebanyak RM 1,500 diikuti oleh sebuah kumpulan dari Ipoh yang mendudukki tempat kedua dan menerima hadiah wangtunai RM 1,000.
Sebanyak 20 pasukan seluruh Perak mengambil bahagian. Kumpulan Nasyid Felda, Ijok sebelum ini muncul naib johan perandingan Nasyid anjuran Kemas Negeri.
Pertadingan Nasyid, jangan hanya dilihat sebagai satu budaya yang diperkenalkan semenjak turun temurun, tetapi juga harus diberikan penenkanan dalam memupuk semangat keluargaan dan perpaduan.
Negara masih memerlukan ramai lagi kumpulan Nasyid yang boleh diketengahan dan menjadi pujaan ramai, tetapi mestilah membuat persembahan secara konsisten.
DUN Kubu Gajah juga akan mengadakan pertandingan Nasyid dikalangan remaja pada bulan Ramadan ini, selain aktiviti keagamaan yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Saya juga menyokong peraduan menulis lirik terutama sekali bertujuan menyatukan ummah tak kira PAS atau UMNO, Tak kira suku kaum Petani, Banjar, Rawa atau lain2, tak kira daerah Pondok Tanjung, Sg Malau, Ijok, Redang Panjang dll.
Diperhimpunan UMNO di KL yang lalu ada saya terima edaran berjodol WARKAH BUAT PERWAKILAN UMNO.
Warkah dari Persatuan Perunding Profesional Muda Malaysia ada dua sebab kita tidak bersatu salah satu daripadanya ialah bercakaran antara sesama sendiri.
Persatuan ini mencadangkan memilih pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan beristiqumah sebelum memilih pemimpin. Salah pilih kita tidak akan bersatu. Mungkin salah satu tema cara memilih pemimpin berlu ditulis dalam lirik nasyid.
Kesimpulannya kita jarang melihat rakyat bergaduh untuk memilih IMAM tapi selalu bergaduh untuk memilih pemimpin parti.
Di JB dahulu FRU sentiasa ada semasa mesyuarat agong MIC di adakan di sekolah Tamil Jalan Yahya Awal
Kalau perkara untuk mengelakkan pergaduhan berlaku ditulis dalam senikata nasyid sudah tentu Malaysia SATU akan tercapai.
Sekian untuk makluman YMDS.
terima kasih atas cadangan yang baik.
Post a Comment