Template by:
Free Blog Templates

6 August 2010

KEMAS- agensi penting Kerajaan








Kemas memainkan peranan penting dalam menerangkan dasar-dasar Kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Kemas adalah agen dan mata telinga Kerajaan dan mereka juga merupakan institusi yang boleh meyemarakan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat jelata.

Berucap ketika meresmikan majlis penutup temasya sukan tadika DUN Batu Kurau dan Kubu Gajah, semalam, Saya berharap usaha ke arah memupuk perpaduan janganlah dilihat sebagai perkara remeh.

Pembangunan dan kemajuan pesat hanya boleh dicapai melalui perpaduan, tambah Saya di majlis yang disertai oleh kanak-kanak Tadika yang berlangsung di Padang Stadium Mini Batu Kurau.

Saya turut memuji usaha Kemas menjalankan aktiviti yang boleh mencungkil bakat baru di kalangan anak-anak muda dalam pelbagai bidang.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Batu Kurau, Tajuddin Ismail, Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Saihan dan Pegawai Kemas Parlimen Larut, Nordin Abud Hassan dan Ketua-Ketua Kampuing dalam DUN Batu Kurau dan Kubu Gajah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Hari keluarga boleh juga diadakan di pusat2 KEMAS untuk tujuan menyatupadukan masyarakat terutama sekali di pusat2 di kawasan yang panas (hot spot)dan kurangkan di pusat KEMAS di kawasan zon selesa (confort zone). Contohnya di KEMAS di kawasan Encik Nordin Hassan. Begitu juga turun padang kerana perkara ini penting untuk PR13.

Sekian untuk makluman YMDS.