Template by:
Free Blog Templates

1 August 2010

Mesra Ijok








Alhamdullilah, hari ini, saya menerima banyak undangan meresmikan program sepanjang minggu termasuk Mesra Ijok anjuran Jabatan Penerangan yang disertai oleh penduduk-penduduk di sekitar pekan Ijok.

Kemesraan penduduk amat sekali dalam program yang dianjurkan termasuk sukanika. Kamping Teras muncul Juara keseluruhan. Kampung-Kampung Bendang Luas, Kampung Mesjid, Kampung Sangkut, Sungai Jernih dan Kelian Gunung turut menyertai program sehari itu.

Sebelum itu, Saya turut meresmikan Sukanika di Sungai Ara juga dalam DUN Kubu Gajah. Turut mengambil bahagian dalam program ini ialah Kampung Jemerang Setar, Kelian Cinei dan Kampung Haji Mat Ashek.

Ketika meresmikan program-program tersebut Saya menekanankan pentingnya perpaduan Melayu jika mereka tidak mahu Ketuanan Melayu luput.

Orang melayu akan hilang kuasa di tanah tumpah darahnya sendiri jika mereka memilih untuk tidak bersatu dan mementingkan diri sendiri dalam mencapai hasrat politik mereka.

Orang melayu jangan mudah terperangkap dengan politik halus mereka yang hanya mempunyai agendi tersendiri tanpa memikirkan risiko jika orang melayu berpecah.

Saya juga beharap JKKK yang lain mencontohi program yang boleh memupuk keharmonian penduduk kerana perpaduan masyarakat akan menjadi teras kestabilan politik dan ekonomi Negara.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan UMNO dan PAS boleh tercapai di peringkat ADUN Kubu Gajah kerana rata2 ahli PAS di sini tidak mengatakan UMNO tidak baik. Mereka hanya menyalahkan pemimpin yang sudah2 yang mereka tidak setuju.

Jadi tanyalah YB Dato Mazlan strategi apa yang harus digunakan untuk mengatasi persepsi mereka. Ada tidak pegawai perhubungan UMNO yang lain yang dapat menangani isu pemimpin UMNO (individu yang mengagak bila masuk UMNO untung banyak) dan Parti UMNO (Perlembagaan UMNO) adalah dua perkara yang berbeza.

Diperingkat kebangsaan mereka berbalah tentang dasar (perlembagaan) tapi matlamat mereka adalah sama. Cuba tanya President PAS adakah ahli UMNO tak mahu masuk SYURGA. Kalau boleh syurga dunia pun kita mahu. Salah satu syurga dunia adalah ketuanan Melayu.

Walau bagaimana pun dasar (perembagaan/ AL-QURAN) itu sudah lengkap. Tak perlu ada dua perlembagaan Islam iaitu AL-QURAN dan perlembagaan PAS.

Agama Christian, mereka ada banyak bible (perlembagaan). Lutheran Church anti kaum Bani Israel. Catholic zaman Hitler anti-Yahudi. Kitab moderm mereka ialah edisi King James. Tapi politik Zionist/Freemason mengelirukan fakta hingga penganut kristian menyokong mereka.

Sepaptutnya orang Islam mesti faham beza perlembagann PAS dengan AL-QURAN. Dari segi Islam kita tak perlu ada dua perlembagaan yang berbeza.

Kalaulah ada kita takut jadi agama Christian terlalu banyak mazhab.

Sebaliknya UMNO ada perlembagaan kepentiangan Melayu. Saya rasa ia tidak MENDUAKAN AL-QURAN (hak Islam/dasar)

Orang Zionis memecahbelahkan agama Christian kepada lebih 100 mazhab (yang sebenarnya politik bukan agama Christian yang mengikut kitab Injil) supaya ia senang ditaluki.

Sekian YMDS.

jebat said...

YMDS dan ANON 10:44,

Jangan lah anda menyebut Perpaduan UMNO dan PAS. Jelak saya mendengarnya.

Memang perpaduan itu penting.... tapi bukan UMNO dengan PAS.

Ikan dilaut asam di darat,
Dalamperiuk mungkin muafakat.

Kalau putur ma'rifat imnan,
Minyakdan air tak mungkin berkawan.