Template by:
Free Blog Templates

11 August 2010

PPRT



Masih ramai rakyat miskin yang memerlukan bantuan rumah Kerajaan, terutama di kalangan mereka yang tidak mampu untuk memilikkinya dengan wang sendiri.

Saya sendiri telah berulangkali membangkitkannya ke pihak yang berkenaan, walapun memahami peruntukan yang terhad pada sesuatu masa programa ini dilaksanakan, tetapi yang penting keutamaan harus dibrikan kepada kawasan-kawasan yang dikenalpasti.

Semalam, Saya menghadiri majlis kenduri kesukuran penerima bantuan rumah PPRT, Abang Mutalib Abdullah, 45 tahun di Kampung Sungai Jernih, Ijok.

Beliau tinggal bersama isteri, Rashidah binti Mohd Radzuan dan tiga orang anak yang masih kecil. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Kampung, Jamaluddin Mat Isa.

Kerajaan juga harus mengkaji semula kenapa ramai Kontraktor Kelas F menolak tawaran membina rumah-rumah PPRT yang sekarang sekarang setiap satu bernilai RM 33,000.

2 comments:

jebat said...

YMDS,
Salam Ramadhan,

Memang maseh ramai yang memerlukan rumah terutama nya rakyat miskin. Tetapi pembahagian nya biarlah adil.
Dikampong saya ada orang muda segar bugar berkereta dapat rumah PPRT. Yang tua dan mskin, Janda menangung 2 anak sekolah, tak dapat.

Ada pula berkali-kali dapat bantuan membaiki rumah !!

Dimanakh keadilan nya !!

JANGAN PILIH KERONI SAHAJA !!

Anonymous said...

YMDS,

YAB PM pernah memberi komen tentang isu HAK.

Ada juga dekat kampung saya kawan yang mempunyai 2 isteri menerima rumah PPRT kerana beliau memenuhi syarat yang diperlukan. Sepatutnya orang 2 isteri tidak boleh diberikan kerana ia masuk dalam kumpulan orang yang berada.

Tapi kalau saya ada 2 isteri pendapatan saya mungkin melebihi syarat yang ditentukan sebab belanja 2 isteri lebih banyak dari satu isteri.

Rumah mesra rakyat begitu juga isunya. Mereka mempunyai syarat mengikut kriteria tapi rumah tersebut mestilah diberikan kepada mereka yang hendak bermastutin di situ.

Mereka inilah yang ada HAK memiliki rumah Mesra Rakyat. Bukan untuk mereka yang tak mahu pindah.

Begitu juga rumah kampung tersusun seperti di kampung Kubu Gajah. Mereka yang mempunyai HAK kepada tanah petak untuk membina rumah di situ ialah mereka yang mahu berpindah.

Tapi yang dapat tanah plot di situ ialah spekulators iaitu mereka yang mencari untung apabila harga tanah naik mereka jual tanah tersebut berpuluh kali lipat ganda. Sebab itu mereka tidak mahu berpindah. Banci yang diadakan sekarang tidak dapat mengesan mereka keran soal selidiknya tidak menyoal soalan yang berkaitan.

Bapa YMDS dan bapa saya tidak memohon disebabkan bapa kita tak mahu pindah. Tapi spekulators telah pun menjual tanah tersebut untuk mensepekulasikan di peringkat gelombang yang kedua. Tanah ini sebenarnya ialah untuk HAK yang mahu berpindah bukan untuk dijual. Sebab itu Kubu Gajah tidak membangun.

Cuba tanya Cigu Wahid Nordin berapa harga rumah berdekatan dengan rumah beliau. Kalau tak silap lebih 40,000. Bayangkan tanah dapat percuma dijual dengan 39,999 lipat ganda. Yang saya tahu Islam tidak memberi untung lebih daripada 8 kali ganda.

Sepatutnya YMDS dengan ADO boleh membuat sesuatu supaya Kubu Gajah membangun. Tentukan mereka yang mempunyai tanah di situ membina rumah mereka. Atau pun anak mereka membinanya. Kalau nak harap MB kita tentulah ia mahu membangunkan tempatnya dahulu, misalnya membina sekolah AL-HAFIZ. Kalau beliau memohon 80 juta tambahan tapi Kubu Gajah tak dapat apa2 perlu juga yang berhormat fikirkan sama ada menyokong atau tidak. Kalau saya wakil rakyat saya tak luluskan kalau kawasan ADUN Kubu Gajah tidak mendapat tempias. Itulah yang saya namakan Hang Jebat. Kalau ikut sahaja Ketua macam Hang Tuah nescaya kawasan ADUN Kubu Gajah akan tinggal dengan lalat, babi hutan, kera dan ular senduk.

Saya gembira tentang komen YMDS tentang kontraktor F. Tapi harga rumah tersebut hanya lebih kurang 24,000 ringgit kalau orang Indon yang membinanya dan kita kontrak sendiri. YMDS bolehlah tanya Saudara Moksin bin Ustaz Yahya di Kamunting tentang harga sebenar. Di Taiping juga ada kontraktor F dari Batu Kurau. Cuba tanya saudara Moksin nama kontraktor tersebut.

Saya suka harga dinaikkan tapi janganlah kontraktor meng ALI Babakan atau meng ALI INDONKAN businessnya macam kedai di Chow Kit Kuala Lumpur.

Ali Ali pun ada. Anak buah saya membawa teksi perlu membayar 80 ringgit sehari ke ALI. Padahal dia juga ALI. Semasa YMDS di sana dulu tak boleh buat apa2. Kawan saya Datuk Alias di Bandar Tun Razak mendapat teksi hingga tak boleh saya kira terlampu banyak. Ada juga teksi tersebut diperolehi semasa YMDS bekerja di sana dahulu.
Datuk Nazri pun tak boleh buat apa? Munkin orang bawah yang kenyang tanpa pengetahuan YMDS dan Datuk Nazri.

Perjuangan UMNO ialah untuk Melayu bukan untuk si BABA dan si INDON. Kalau si BABA gunakan pekerja INDON kenapa kontraktor Melayu mengAliBabakannya. Buatlah sendiri ambil pekerja Indon. Bukan Indon jadi Tauke seperti di Chow Kit.

Sekian untuk makluman YMDS.