Template by:
Free Blog Templates

19 May 2013

Jamuan

Ketua umno bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengingatkan ahli-ahli parti walaupun parlimen menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN),tetapi jangan ambil mudah untuk pilihanraya umum (PRU) ke 14.





Lima tahun bukan lama dan UMNO bahagian Larut bersyukur kerana bukan sahaja dapat menggekalkan kesemua empat kerusi yang dipertandingi dengan majoriti bertambah.

Beliau berkata demikian di jamuan jasamu dikenang bagi peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di Taiping, petang tadi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias dan ketua-ketua umno cawangan dan ketua kampung turut hadir di sebuah hotel.

Beliau memberitahu tumpuan harus diberikan kepada generasi muda kerana bilangan pengundi dikalangan mereka semakin bertambah.

Beliau menyeru pembangkang agar menerima keputusan PRU ke 13 dengan sikap yang terbuka.












Beliau turut mengucapkan tahniah diatas perlantikan ahli parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin sebagai timbalan menteri luar dan ADUN Batu Kurau, Dr Mohd Amin Zakaria sebagai exco Perak.

Majlis anjuran kontrektor-kontrektor itu bagi mengenang jasa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sebagai wakil rakyat.

0 comments: