Template by:
Free Blog Templates

21 June 2012

Sukan








Kubu Gajah akan menjadi pusat tumpuan sukan tidak lama lagi dengan terbinanya padang tiruan bernilai RM 1.5 juta.

Pembinaan projek yang lengkap dengan lampu limpah, trek, bilik persalinan, grand stand dan kemudahan gym akan bermula pembinaannya sebaik proses tawaran selesai hujung bulan ini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan temasya sukan tahunan sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, petang tadi.

Guru besar sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, Hajjah Zaharani Othman dan yang dipertua persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah, Jamaluddin Darus.

Padang tiruan 1 Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak cuma dua buah dibina di Perak daripada sebanyak 30 buah di seluruh negara.

Kubu Gajah khususnya dan parlimen Larut pada keseluruhannya akan membangun dengan terbinannya padang tersebut walaupun sukan menjadi tumpuan utama.

Justeru, soal masalah kemudahan sukan seperti padang dan usaha mencungkil bakat-bakat baru tidak harus timbul lagi selepas ini.

Mengenai gelanggang futsal yang dibina dengan banyak dan kemudahan yang lain, beliau berharap ia dapat digunakan semaksima yang boleh.

0 comments: