Template by:
Free Blog Templates

10 June 2012

TPM UMNO














UMNO bahagian Larut akan menyambut lawatan timbalan perdana menteri, tan Sri Muhyiddin Yassin secara besar-besaran dan meriah.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata ia sebagai menyatakan tanda sokongan padu terhadap kepimpinan UMNO yang diterajui presiden parti, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak dan dibantu timbalannya Tan Sri Muhyiddin.

Pekara itu dinyatakan beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah di perjumpaan dengan semua 97 ketua UMNO cawangan termasuk pemuda, wanita dan puteri dalam bahagian Larut di Batu Kurau, Pagi ini.

Timbalan perdana menteri dijadualkan ke batu kurau untuk perjumpaan makan tengah hari selepas satu majlis perasmian di tapak industri kamuting.

Seramai 10,000 dijangka berhimpun di padang astakan mini stadium, Batu Kurau untuk menyambut timbalan perdana menteri pada 17 jun ini.

Datuk Seri meminta semua 97 cawangan UMNO dibahagian Larut dan penduduk keluar menyambut ketibaan Tan Sri Muhyiddin ke Larut khususnya Batu Kurau.

Parlimen larut adalah satu-satunya kawasan di Perak, BN menang bersih kesemua empat kerusi dalam pilihanraya umum (PRU) yang lalu.

Turut hadir Adun Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Bin Elias dan naib ketua UMNO bahagian, Fawzi kasim.

0 comments: