Template by:
Free Blog Templates

7 June 2012

Perjumpaan tanah






Masalah penduduk yang telah sekian lama menduduki di tanah Kerajaan, tetapi hingga sekarang belumm mendapat kelulusan diharap diselesaikan secepat mungkin.

Mereka ini telah sekian lama mencari rezeki di tanah tersebut hingga ada yang menyara anak belajar ke Universiti.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk yang terlibatdi Kampung Sungai Jernig di Ulu Ijok.

Turut hadir, Ketua Kampung Sungai Jernih, Kamaluddin Mat Isa yang juga Ketua UMNO Cawangan.

Beliau berharap masalah itu akan dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tanah Daerah tidak lama lagi.

Jika tanah tersebut tidak diserahkan kepada mereka berdasarkan permohonan yang dibuat, mereka akan hilang punca pendapatan.

Merekan telah berada di situ sejak nenek moyang mereka lagi dan ada juga diantara peserta yang terlibat itu telah meninggal dunia.

0 comments: