Template by:
Free Blog Templates

24 June 2012

Tebing sungai







Penduduk Kampung bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memperbaiki tebing sungai ijok dekat Kampung Sangkut yang rebak dan runtuh.

Sejumlah kira-Kira RM25,000 telah dibelanjakan bagi menambak tebing sungai tersebut yang siap dua hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meninjau tebing sungai tersebut, petang tadi.

Turut hadir Ketua Kampung Sangkut, Haji Zan Kassim dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Begitupun, dilihat dari keadaan tebing sungai yang ditambak itu, diharap ia hanyalah berupa tindakan sementara kerana bimbang tanah merah yang diguna untuk menmbak tebing berkenaan akan mudah terhakis jika berlaku hujan lebat.

Diharap Jabatan Parit dan Saliran (JPS) akan sentiasa membuat pemantauan bagi mempastikan tidak berlaku kejadian tebing sungai runtuh.

Tebing sungai Ijok dekat Kampung Sangkut adalah diantara tebing sungai di sekitar mukim Ijok yanh sering diancam, dengan banjir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS

Ada undang2 kerajaan tentang mengambil pasir mestilah jauh dari jambatan/titi dan berkala atau tidak berterusan (tiap2 hari).

Adakah PAC melihat perkara ini?