Template by:
Free Blog Templates

16 June 2012

Ceramah













Rakyat harus sedar dan tidak mudah tertipu dengan permainan politik kotor pihak-pihak tertentu menjelang pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Hanya politik berhemah dan tidak menimbulkan huru hara yang harus diterima.

Demikian ditegaskan oleh ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika berucap di satu perjumpaan UMNO di Bgana Baru, ,malam tadi.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa melakukan yang terbaik untuk kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah memberitahu lebih 500 orang yang hadir jika tiada demokrasi tidak mungkin parti pembangkang menang di beberapa buah negeri.

Beliau juga menginggatkan padah yang akan rakyat negara lalui jika budaya politik tidak sihat seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain cuba diamalkan di Malaysia.

Negara bukan sahaja menjadi huru hara jika rakyat membelakangan undang-undang, tetapi negara akan hilang pendapatan yang besar jika pelancong takut untuk datang ke Malaysia.

0 comments: