Template by:
Free Blog Templates

15 June 2012

UMNO



















Ahli-ahli UMNO diingat agar tidak mudah lupa sejarah menegakkan agama dan bangsa.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji omar berkata jika sejarah perjuangan parti tidak dihayati dengan betul, ahli-ahli akan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Berucap merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Redang Panjang, beliau menegaskan pentingnya generai muda didedahkan dengan sejarah perjuangan UMNO sejak menuntut kemerdekaan lagi.

Generasi muda harus diberitahu dan faham bertapa susahnya perjuangan untuk membebaskan negara ini dari belenggu penjajah, walaupun terpaksa melalui ranjau dan duri.

Jika bukan kerana perjuangan UMNO belum tahu kemerdekaan boleh dicapai sepertimana hasil kesejahteraan yang dinikmati hari ini.

Walaupun UMNO berkongsi kuasa dengan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN), tetapi ia tetap menjadi teras kepada pemerintahan.

UMNO tetap dengan dasar perjuangan menegakkan Islam, bangsa dan negara sejak dahulu dan selama-lamanya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undngan negeri (ADUN) Kubu gajah turut merasmikan mesyuarat agung cawangan-cawangan Kubu Gajah dan Batu 85.

0 comments: