Template by:
Free Blog Templates

29 June 2012

Jalan berlubang






Jabatan kerjaraya (JKR) diminta memperbaiki segera tanah berlubang besar di tepi jalan dekat Redang Panjang yang mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Gesaan itu dibuat Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar selepas meninjau jalan tersebut tadi.

Kenderaan yang terbabas atai penunggang motosikal terutama pada waktu malam pasti terdedah kepada kemalangan jika tidak berhati-hati.

Seorang pemimpin parti politik mengadu beliau hampir menemui kemalangan jika gagal mengelak lubang yang besar itu.

Lubang itu berlaku disebabkan hakisan dan JKR diminta untuk sementara waktu meletakkan tanda keselamatan.

0 comments: