Template by:
Free Blog Templates

12 June 2012

Belia sukarela


















Belia-belia disaran mendalami ilmu dan kemahiran jika mereka berhasrat maju dan berjaya.

Belia yang berjaya adalah mereka yang mampu meningkatkan jati diri dan bermoral tinggi.

Demikian ditegaskan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika merasmikan majlis penutup Mycorp junior (Kursus asas menyelamat dan kursus aras pertolongan cemas) yang disertai 38 orang belia seluruh Perak di Batu Kurau, tengahari tadi.

Pegawai belia dan sukan Larut, Matang dan Selama, Zainal Abidin turut hadir di program yang diadakan di kampung anak kurau, Simpang Empat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyeru agar belia merebut segala peluang yang disediakan Kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak daripada mereka (belia-belia) terjebak ke aktiviti yang tidak berfaedah.

Mereka diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan perhimpunan dan demostrasi yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri.

Negara akan kehilangan punca pendapatan dan ekonomi jika pelancong dan pelabur asing tidak datang kerana takut dengan huru hara yang dicetuskan perhimpunan haram dan demostrasi.

0 comments: