Template by:
Free Blog Templates

6 June 2012

Belia

















Para belia diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan tipu muslihat mana-mana pihak untukmengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah.

Perhimpunan haram bukan sahaja bertentangan dengan Undang-Undang, tetapi boleh mencetuskan huru-hara.

Jika mereka tertangkap dan dikenakan hukuman,masa depan mereka akan terjejas.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis meraikan konvoi belia yang terlibat sempena lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abd Kadir ke Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi dan Pengerusi Majlis Belia Daerah, Zaidin Dollah turut diantara yang turut hadir.

Katanya, belia-belia harus meneliti terlebih dahulu sebarang undangan dari mana-mana kerana takut ada yang terperangkap dengan tipu muslihat mereka yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga menggesa badan-badan belia memperbanyakan aktivit bagi membolehkan lebih ramai beliau bergerak aktif.

Pada majlis tersebut, turut diadakan persembahan oleh kumpulan seni anak tempatan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,
Jika BN hendak menang di Perak sepatutnya MB kita selalu datang ke ADUN Kubu Gajah kerana ia menjadi ADUN panas semasa PR 13. Tinggalkan sahaja Pangkor kerana ia sudah dalam ZON yang selamat.

Perkara sebeginilah yang saya maksudkan transformasi politik jika hendak menang.

Kalau kalau mahu kalah berkempenlah di tempat yang selesa dan tinggalkan HOT SIT seperti Kubu Gajah.

Dalam UMNO ramai yang educated tapi tidak dalam politik. Dalam politik inilah yang kita pelajari. Tapi malangnya saya belajar tahun satu sahaja kerana tidak mampu. MB belajar sampai PhD. tapi masih berkempen di kawasan selesa. Apa nak jadi pada UMNO YMDS?