Template by:
Free Blog Templates

14 June 2012

Tebing sungai









Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan agensi lain yang terbabit diminta agar mengambil tindakan segera mengenai kejadian tebing sungai Ijok dekat Bagan Baru yang sering rebak dan runtuh serta membimbangkan penduduk.

2.Terdapat tidak kurang daripada 20 buah rumah yang terletak berdekatan dengan sungai tersebut dan sering menjadi ancaman banjir dan membahayakan.

3.Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meluangkan masa melawat untuk melihat sendiri keadaan tebing sungai tersebut selepas menerima aduan daripada penduduk.

4.ada rumah yang terletak hanya beberapa meter daripada sungai berkenaan dan boleh mendatangkan bahaya pada bila-bila masa jika berlaku banjir.

5.Walaupun ingatan telah diberikan agar mereka berpinda, tetapi mereka tiada pilihan kerana itu sahajalah tapak rumah yang mereka miliki.

6.Perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat agung UMNO cawangan Bagan Baru yang dihadari oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddi sendiri baru-baru ini.

0 comments: