Template by:
Free Blog Templates

23 June 2012

Pemuda





























Kerajaan pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sentiasa mengutamakan kebebasan dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan menteri belia dan sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, akta keselamatan dalam negeri (ISA) adalah sebagai bukti.

Begitupun, kebebasan tidak bermakna peraturan dan undang-undang harus dibelakangkan.

Razali juga naib ketua pemuda UMNO Malaysia berkata demikian ketika berucap di perhimpunan Barisan Nasional (BN) pilihan orang muda di kampung Masjid, pagi tadi.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, ketua pemuda UMNO negeri, Khairul Azuan Datuk harun, timbalan ketua UMNO bahagian, Datuk Daud Yusop, naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim dan ketua pemuda Larut, Annuar ariffin adalah diantara 7,000 orang yang hadir di padang majlis daerah di Ijok.

Razali menambah pemuda menganjurkan perhimpunan secara aman, tetapi tidak merosakkan harta benda awam dan menimbulkan kekacauan.

Pemuda juga tidak pernah mengajar pemuda bersikap kurang ajar dan tidak bermoral hingga tidak menghormati orang-orang tua.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika berucap menegaskan bahawa BN akan Memastikan rekod cemerlangnya memenanggi dan menggekalkan keempat-empat kerusi di parlimen Larut termasuk DUN Selama. Kubu Gajah dan Batu Kurau pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah juga menyampaikan permohonan membina sebuah gelanggang futsal di kampung masjid dan kompleks komuniti 1M di Sungai Dendang kepada Razali untuk diluluskan.

Terdahulu razali yang diiringgi Raja Ahmad Zainuddin berkonvoi dengan kira-kira 2,000 pemuda BN yang bermotor dari pekan Batu Kurau hingga ke kampung Masjid.

0 comments: