Template by:
Free Blog Templates

27 June 2012

Dewan terbuka











Kampung Teras di Ijok merupakan kampung pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang memiliki dewan terbuka.

Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 50,000 bagi membina dewan tersebut di tapak lapang di tempat perkelahan lata Panggung.

Dewan yang tidak berdinding itu cuma dilengkapi dengan bumbung, tetapi masih digunakan perhimpunan dan sukan seperti badminton dan Sepak Takraw.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat dewan yang sudah hampir seratus peratus siap itu bagi meninjau kerja-kerja perlaksanaan mengikut jadual dan spekfikasi.

Dewan baru itu dijangka akan digunakan oleh jawatankuasa Kemajuan dan Kesekamatan Kampung (JKKK) Kampung teras untuk meraikan satu rombongan komunti dari Trengganu pada 2 Julai ini.

Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Ketua UMNO cawangan.

2 comments:

Anonymous said...

pemimpin muda yang berbakat lebih di perlukan, tok raja sudah lama elok di ganti baru..kekalahan pasti menimpa umno kiranya tok raja wakil rakyat pilihan mahkhamah di pilih semula...

Anonymous said...

Anony,

Ada juga pemimpin muda yang tidak kreatif. Masih ikut jejak/cara pemimpin lama, semuanya mengharapkan kerajaan semata2. Mereka tidak boleh berdikari.

Indikator pemimpin yang berjaya tidak semestinya mereka yang muda sahaja.

Saya lihat kelemahan YMDS bukan sebab beliau berumur/tua tapi beliau mementingkan politik dari ekonomi. Lebih2 lagi pemimpin PAS. Asyik berpolitik. Kalau mereka jalankan kelas tuisyen pun sudah mencukupi. Jangan asyik berpolitik semata2. Bilah kita hendak maju.