Template by:
Free Blog Templates

24 June 2012

Gotong royong





























Kehadiran Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji omar memeriahkan kerja gotong royong membersih surau kampung Sungai Malau Dalam, pagi tadi.

Datuk Seri Raja Hamd Zainuddin bersama penduduk juga bergotong royong membina tempat mengambil wuduk dan menaikan papan tanda yang mempaparkan doa.

Adun Kubu gajah amat tertarik dengan semangat gotong-royong ditunjukkan oleh penduduk sungai Malau Dalam.

Ketua kampung sungai Malau dalam, Haji Abdul hamid Bin Ibul Hassan yang turut hadir telah memohon peruntukan memperbaiki beberapa bahagian surau termasuk bumbung dan stor.

Surau tersebut adalah satu-satunya kemudahan beribadah di kampung tersebut. Bagi solat jumaat, merek terpaksa ke Masjid di Simpang Lembah Keluang atau Changkat lobak.

Gotong-royong yang turut disertai pemda juga membersih bahu Tebing Tinggi sepanjang jalan ke sungai Malau dalam.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di surau tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bendera Barisan patut dikibarkan di Sungai Malau Dalam untuk mengelakkan seperti pepatah kata orang Kelantan:

Bantuan kita ambil. Undi tetap rahsia.