Template by:
Free Blog Templates

28 June 2012

Kurang kemudahan
















Masalah kekurangan sukan sekolah model khas negeri Perak di Redang Panjang, sekali menarik perhatian Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar.

Kemudahan sukan sekolah tersebut tidak seharusnya menjadi masalah kerana ia merupakan satu-satu sekolah model khas di negeri Perak.

Sebagai sekolah contoh, ia seharusnua tidak menghadapi masalah seperti sekolah-sekolah luarbandar yang lain yang memang menghadapu kekurangan kemudahan.

Sekolah tersebut bukan sahaja tidak memiliki padang yang sempurna dan dewan serbaguna, malah khemah juga terpaksa disewa setiap kali mengadakan sukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan balapan dan padang sekolah tersebut pagi tadi.

Turut hadir pengetua sekolah, Hajjah Che Gayah Ahmad, pengerusi persatuan ibubapa dan guru (PIBG), Nor Azman Mokhtar dan ketua kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah masalah sekolah itu telah dibawa ke mesyuarat tindakan daerah Larut, Matang dan Selama untuk tindakan pihak kementerian pelajaran.

Beliau turut memaklumkan pekara tersebut ke pengetahuan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran dan timbalannya, Datuk Dr. Wee Kah Siong sewaktu melancar program seorang pelajar satu sukan peringkat kebangsaan di Taiping sedikit masa lalu.

Terdahulu, Che Gayah dalam ucapannya memohon satu gelanggang Pentaque berharga RM5000 dibina disekolah tersebut.

dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah merupakan satu-satunya kawasan di parlimen Larut yang popular sukan tersebut terutama dikalangan penduduk.

3 comments:

Anonymous said...

kawasan larut memerlukan pemimpin seperti dato Fauzi Shaari, bekas ketua jabatan siasatan Jenayah bukit aman....

Anonymous said...

YMDS,

Kalau kita selalu turun padang dan tidak selalu naik padang LMS tidak akan maju.

Naik padang bermaksud selalu berjumpa pihak atasan yang mempunyai kuasa, kewangan dan yang merancang pembangunan dll.

Sebagai contoh Genting Plantation dan Boustead mempunyai ladang di Kawasan Kubu Gajah.

Ahli lembaganya ramai yang bekas tentera.

Menteri Pertahanan orang Perak.

Genting di kedudukan no 4 dan Bousted nombor 5 yang mempunyai aset permodalan pasaran di Malaysia.

Contoh naik padang ialah berjumpa mereka yang saya sebutkan di atas utuk membina taman perumahan atau lain2 supaya Kubu Gajah dapat membangun seperti Gua Musang, Menggatal di Sabah dll.

Kalau kita harapkan kerajaan sahaja sudah tentu ramai pemimpin mahukan pembangunan didahulukan di kawasan mereka.

Anonymous said...

YMDS,

Bantuan YMDS masih tidak berpegang kepada pendapat yang mengatakan kalau hendak tolong petani jangan berikan BR1M tapi berikan kepada mereka cangkol dan alat pertanian yang lain dan arah perhilitan memindahkan kera dan babi hutan ke sebuah pulau, bukan hantarkan ke hutan simpan Pondok Tanjung.