Template by:
Free Blog Templates

27 June 2012

Perpaduan















Umat Islam diingatkan kuasa asing akan mengambil kesempatan menguasai negara-negaara Islam jika mereka berpecah.

Umat Islam harus mempelajari iktibar kejatuhan kepimpinan dan pentadbiran Islam jika mereka tidak mengutamakan perpaduan.

Demikian ditegaskan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji omar ketika berucap merasmikan festival nasyid peringkat parlimen Larut dan forum perdana hal ehwal Islam di Bagan Bahru, dekat Ijok malam tadi.

Ahli-ahli panel forum perdana terdiri dari penceramah bebas, Ustad Mohd kazim Elias Mina serta dipengerusikan Ustad Haji Harith Fadhilah Abdul halim.

Turut hadir Adun Selama, Datuk Mohd Daud Yusop, naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim dan bekas ketua pemuda UMNO bahagian Larut, Ustad Hasbullah Haji Elias.

Malaysia merupakan sebuah negara Islam contoh dan amat disegani dan dihormati bukan sahaja dikalangan negara-negara Islam bahkan masyarakat bukan Islam seluruh dunia.

Begitupun, agak mendukacitakan dengan usaha pihak-pihak tertentu yang membelakangkan perpaduan Ummah hanya semata-mata untuk mencapai kepentingan peribadi.

Beliau juga mengajak umat Islam menolak sebarang fitnah dan dakyah individu-individu tertentu untuk memcah belahkan rakyat bagi tujuan kepentingan diri mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan hanya tercapai jika kita menugndur diri apabila melihat ada lagi tokoh pemimpin yang lebih baik dari kita untuk dijadikan pemimpin. Kalau tidak kita takut jadi macam timur tengah

UMNO mesti tahu 'demokrasi' berbeza dengan demokrasi.

Jika UMNO hendak menang UMNO hendaklah membezakan apa kehendak pengundi (demokrasi) dengan kehendak ahli UMNO ('demokrasi') di kawasan yang tidak selesa.

Di kawasan selesa UMNO bolehlah memilih mengikut kedudukan dalam politik.