Template by:
Free Blog Templates

1 June 2012

Zambry



























Datuk Seri Zambry Abdul kadir beri jaminan walaupun beliau menteri besar Perak tidak bermakna Pangkor, kawasan yang beliau wakili akan diberikan tumpuan pembangunan.

Sebagai menteri besar adalah menjadi tanggungjawab beliau mengutamakan kawasan-kawasan lain yang memerlukan kemajuan.

Dr Zambry berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran pembangunan semula pekan Ijok dalam Dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, timbalan menteri perladangan dan komodities, Datuk Hamzah Zainuddin, setiausaha kerajaan Perak, Datuk Puat Nayan, adun Selama, Datuk Daud Yusop, Adun Batu Kurau, Kapt. (B) Najmuddin dan ketua eksekutif percadangan kemajuan negeri (PKNP), Datuk Shamsuddin Hashim.

Selain pekan Ijok, Kubu Gajah dan Batu Kurau diantara 14 pekan kecil diseluruh Perak yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan semula.

Dr Zambry menegaskan kemajuan di Perak tidak bermakna hanya tertumpu di Ipoh dan Lembah Kinta, tetapii juga di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.

Pekan kecil seperti Ijok juga berpotensi untuk berkembang kerana terletak berdekatan negara jiran, Thailand.

Terdahulu, menteri besar berkonvoi dengan lebih 1,500 belia bermotor termasuk ahli kelab penyokong adun Kubu gajah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tetapi pembangunan banyak di Lembah Kinta, Kubu Kuat DAP.

Kawasan UMNO seperti LMS ketinggalan. Sebab itu rakyat LMS masuk PAS.

Cuba bezakan Aman Jaya Lembah Briah dengan yang lain2, sangat jauh ketinggalan.

Saya rasa walaupun wakil rakyatnya menjadi MB pun, Briah akan masih menjadi lembah Ular Sawa.