Template by:
Free Blog Templates

3 December 2012

Jalan



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar sebaik selesai persidangan agung UMNO di Kuala Lumpur terus turun ke padang petang semalam dan meninjau pembinaan projek menahan tanah runtuh di jalan Bndang Luas, dekat Ijok.


Projek yang dianggarkan RM 50,000 itu ada hasil rayuan beliau kepada Jabatan Kerjaraya (JKR) selepas beberapa kali berlaku kejadian tanah runtuh di situ yang mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya.








Tanah runtuh itu dikatakan berpunca daripada limpah air sebuah tangki air di atas bukit ynang berdekatan dan ia sering kali berlaku bila hujan turun dengan lebat.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengarah JKR Perak, Datuk Dr Safari dan JKR Daerah Larut, Matang dan Selama.

2 comments:

Anonymous said...

Bantuan kerajaan di LMS masih dalam bentuk memperbaiki dan naik tarah.

Tak adakah projek yang menjadi mercu tanda kawasan ADUN KUBU GAJAH selain daripada kilang minyak sawit.

Bila nak bina universiti kerana pensyarah ramai yang boleh beri zakat untuk negeri Perak.

Saya harapkan juga orang PAS mewakafkan tanah untuk membina universiti seperti seperti di Kaherah.

Mereka ramai datang dari sana tapi tidak dapat membina universiti berasaskan pendapatan harta wakaf. Saya harap Ustaz Akamal menantu Timbalan PAS boleh berbuat demikian. Elakkan asyik berpolitik kerana agama ISlam itu sudah lengkap (ada semuanya didalamnya, termasuk politik). Tapi ramai orang PAS tidak mengetahui Politik Islam yang sedia ada.

Anonymous said...

Kerajaan hendaklah merendahkan tanah tinggi di tepi jalan dengan menjual tanah tersebut. Ramai orang yang hendak membeli tanah merah.

Kalau kita bubuh batu, tebing itu akan turun lagi jika hujan.

Yang penting jual tanah merah atau buang di kawasan rendah tepi jalan.

Saya sendiri mahu membeli tanah merah jika kerajaan menjualnya dari tepi jalan kerana pengangkutannya lebih murah.

Semua tanah tinggi tepi jalan diwartakan untuk jualan tanahnya kepada mereka yang mahu membelinya.

Dulu Garmuda banyak mahu tanah tapi YMDS tak suruh mereka ambil tanah dari kawasan YMDS sebutkan.

Bossnya anak Sultan Perak. Suruh saja YM ambil tanah tinggi tepi jalan supaya tidak runtuh lagi.