Template by:
Free Blog Templates

18 December 2012

Dewan



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar hari ini meminta Kerajaan Negeri merancang bagi menjadikan Perak sebagai salah sebuah distinasi pelancongan yang menarik di Negara ini.

Sambil mengucapkan tahniah diatas kegigihan Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menarik pelancong ke negeri, beliau turut menarik perhatian Kerajaan bagi memajukan tempat-tempat seperti Bukit Larut di Taiping dan Pulau Pangkor.

Beliau meminta kajian lebih mendalam di buat bagi mengadakan kemudahan kereta kabel ke bukit Larut selain mengadakan semula Pesta Laut Lumut yang amat dikenali pada suatu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Kerajaan Perak telah mencapai sasaran lima juta pelancongan melawat negeri ini bersempena dengan tahun melawat Perak 2012.

Beliau turut bertanya di sesi soalan lisan siding Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang memulakan sidang belanjawan pada hari ini.

Pada sidang tersebut, Kerajaan Negeri telah ditanya mengenai jumlah pelancongan yang datang sempena tahun melawat Perak sejak bulan Septermber meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2010 dan 2011.

 Menteri Besar telah membentangkan bajet tahun 2013 yang akan mula dibahas pada hari selasa oleh Ahli-Ahli DUN hingga diluluskan.

0 comments: