Template by:
Free Blog Templates

22 December 2012

Belia



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diminta agar mengkaji balik jumloah perutunkan yang diberikan kepada Majlis Belia Daerah (MBD) dalam perbelanjaan bajet 2013.




Ahli dewan undagan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, jika dilihat peruntukan pada masa ini RM 50,000 bagi belia di peringkat Daerah ia adalah jumlah yang besar, tetapi dalam keadaan sekarang ia masih dikira tidak mencukupi.

Justeru, dalam perbelanjaan bajet 2013 ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shebrry Cheek diminta menimbang rayuan tersebut.

Beliau tidak menafikan, KBS juga ada menyalurkan bantuan melalui Jabatan Belia Negeri bagi kegiatan belia di peringkat daerah, tetapi ia tidaklah seberapa sangat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan program Mesra Belia bersama pemimpin peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)Kubu Gajah dan penyampaian hadiah di perkarangan Kolam Pak Ali, Kota Raja Bersiong, Redang Panjang, tengahari tadi.









Penolong Pegawai Belia Daerah, Nasaruddin Mawi adalah di antara 100 orang belia yang hadir di progaram anjuran Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Beliau juga menyarankan agar KBS tidak hanya fokus kepada aktiviti sukan dengan menggurangkan program belia.

Beliau juga menyeru Persatuan-Persatuan belia agar tidak hanya bergantung kepada peruntukan Kerajaan semata-mata dalam menjalankan aktiviti mereka.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut juga menasihatkan Pemimpin-Pemimpin Belia yang diberikan jawatan agar menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepercayaan.














Beliau juga mencadangkan agar para belia diberikan peluang mengurus kemudahan sukan yang dibina oleh Kerajaan bagi melatih mereka untuk berdikari.

Pelbagai aktiviti diadakan semp;ena dengan program tersebut termasuk berkayak dan memancing.

0 comments: