Template by:
Free Blog Templates

11 December 2012

PDM





Kesemua 46 Pusat Mengira Undi (PDM) Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen Larut kini beriap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.




Setiap PDM berkenaan diarah mengadakan aktiviti bagi menguatkan jentera parti.



Demikian dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika melawat bilik Gerakan PDM Sungai Dendang, pagi tadi.

Beliau turut mendengar taklimat Pengerusi PDM berkenaan, Ismail Don yang juga Ketua Kampung Sungai Dendang.

Beliau amat berpuas hati dengan persiapan jentera parti di setiap PDM dalam Parlimen berkenaan.











Dalam lawatan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menyeru agar setiap ahli merapatkan perpaduan.

Mereka harus mengutamakan program kemeseraan dengan pengundi dan penduduk kampung.

Beliau turut menjamah selera makan tengahari dengan penduduk sambil bertanya khabar dan mendengar masalah yang dibangkitkan.

1 comments:

Anonymous said...

Yang penting sekarang ini ialah semua ahli UMNO menentukan semua isi keluarga mereka telah mendaftarkan diri untu mengundi.

Saya takut mereka asyik bangga jadi ahli UMNO tapi masih ada anak, adik, abang dan kakak mereka belum mendaftar jadi pengundi.

Boleh tidak buat undang2 kecil supaya mereka yang telah membantu ahli keluarga mereka mendaftarkan menjadi pengundi yang boleh dicalonkan menjadi AJK Cawangan.