Template by:
Free Blog Templates

13 December 2012

RELA-pangkat




Rela telah berjaya menarik ramai anggota masyarakat menyertainya melalui kempen mesra rakyat yang dianjurkannya.

Bahkan, Rela juga mampu memupuk dan meningkatkan perpaduan kaum melalui program menambah ahli yang dijalankan.

Perkara itu, dinyatakan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selaku Kolonel Kehormat Rela ketika berucap mereasmikan majlis penyampaian pangkat dan uniform kepada pemimpin kaum dan Veteran peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun Kubu Gajah, pagi tadi.

Turut hadir Pegawai Rela Daerah Kecil Selama, Major Yakub Desa, Wakil Ketua Polis Daerah dan Ketua-Ketua Kampung dalam DUN Kubu Gajah.








Beliau menyeru agar Rela menggekalkan sikap dan pendekatan yang telah berjaya dilakukan bagi mendekati masyarakat hinggakan berjaya memupuk semangat muhibbah.

Beliau menasihatkan agar, anggota Rela meneruskan aktiviti kebajikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.















Rela semakin membesar anggotanya dan diharap akan terus membantu menggekalkan keamanan dan kesejahteraan Negara, disamping turut menjadi pasukan beruniform yang dapat membantu memupuk nilai-nilai displin yang tinggi.

Remaja juga diga tampil ke hadapan untuk menyertai pasukan Rela agar mereka dapat bersama menyertai tanggungjawab bagi kepetingan Negara.

Ketua MIC Bahagian Larut, K.Thevaraju adalah diantara pemimpim kaum yang menerima pangkat Leftenan Bersekutu Rela pada majlis tersebut.

0 comments: