Template by:
Free Blog Templates

15 December 2012

Sumbangan






Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diseru agar berbincang dengan Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung bilangan mereka yang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa OKU di kawasan Kelian Gunung di Ulu Ujok, petang tadi.

Beliau melawat Rosmah binti Arshad, 49 tahun, Mohamed Sabri bin Hamid, 50 tahun dan Nurul Atikah binti Mohd Shahran, 15 tahun.














Kesemua mereka telah menerima bantuan JKM dibawah skim OKU.

Beliau juga meminta Ketua-Ketua Kampung sentiasa memantau keluarga miskin yang memerlukan bantuan JKM dan bertindak segera menghubungi pihak yang berkenaan.

0 comments: