Template by:
Free Blog Templates

15 December 2012

Felda-jubli






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar turut hadir memeriahkan majlis perasmian sambutan Jubli Emas Felda, Ijok, tengahari tadi.

Sambutan 50 tahun pembukaan Felda Ijok itu disempurnakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad di Sekolah Kebangsaan Felda, Ijok.



Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.










Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan dua hari itu yang akan ditutup oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin besok (ahad).

Beliau juga akan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena sambutan tersebut.

0 comments: