Template by:
Free Blog Templates

28 December 2012

Rumah






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berharap lebih ramai lagi penerima bantuan baiki rumah menjelang tahun depan.

Katanya, beberapa Agensi Kerajaan telahpun menyenaraikan mereka yang layak menerima bantuan tersebut dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut berkata demikian selepas melawat rumah Zukifli Hussein, 44 tahun di Kampung Kelian Gunung di Ulu Ijok,petang tadi. 













Beliau juga melawat rumah Rosli Shamsuddin di Kampung Bendang Luas.

Beliau amat bersimpati dengan keadaan rumah mereka dan akan berusaha untuk membantu.

0 comments: