Template by:
Free Blog Templates

24 December 2012

Peladang




Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan memulakan projek tanaman pisang dengan kos RM 200,000 awal tahun depan.







Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, kawasan seluas 30 ekar elah dikenalpasti di Sempenih bagi tujuan tersebut.

Projek tersebut bertujuan meningkatkan lagi sektor pertanian agar tidak terlalu bergantung kepada import semata-mata.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK di Batu Kurau pagi tadi.

Industri pisang tempatan boleh berkembang jika para petani bersedia bekerja keras dan menjaga kualiti tanaman mereka.

Pisang mempunyai pasaran yang luas di merata tempat di sunia dan diminati ramai.

























Justeru diharap usaha PPK ini akan menjadi pembakar semangat kepada ahli-ahli peladang.

Mengenai KR1M milik peladang yang baru dibuka, beliau berkata mereka bercadang membersarkan lagi bangunan yang ada bagi memperluaskan perniagaan,

Beliau dan pengarah PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainul dan ahli-ahli lembaga pengarah melawat tapak untuk bangunan tambahan.

0 comments: