Template by:
Free Blog Templates

11 December 2012

Sumbangan 2


Pada sebelah petangnya pula, Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengadakan lawatan rumah ke rumah dan menyamaikan sumbangan kepada warga emas di sekitar Kampung Tebing Tinggi.


Beliau melawat isteri bekas Ketua Kampung,Teh binti Dun, 78 tahuh yang tinggal bersendirian di rumahnya.





















Beliau turut melawat Jariah binti Ariffin, 80 tahun, Khatijah binti Yahaya, 76 tahun, Maimumah binti Osman, 76 tahun dan Halijah binti Ahmad, 68 tahun.

Turut hadir Setiausaha UMNO cawangan Tebing Tinggi, Haji Wahid Nordin dan Ahli-Ahli Jawatankuasa.

5 comments:

Anonymous said...

Saham FGV turun. Saya takut FELDA Ijok yang membantu UMNO menang ialah mereka yang jadi ahli UMNO sahaja.

Bunga pinjaman lebih tinggi dari untung suku ke tiga.

Banyak hendak ditanam semula bermakna keuntungan bagi penanaman semula hanya diperpleh setelah 3 tahun setengah.

Jangka panjang bagus (lepas 3 tahun)tapi untuk PR 13 kurang menarik.

Mana dia Dayfus yang nak bantu downstream? Datuk Sabri dan Datuk Maslan tak beritahu kita apa Deypus buat sekarang ini.

Kita takut Deyfus main saham seperti George Sorros.

Kalau KPF tak bantu susah juga saham FGV nak naik.

Anonymous said...

Saya tanya orang Tebing Tinggi di kawasan mana yang mereka paling takut sekali?

Jawapan mereka ialan antara rumah Haji Jemiri hingga ke Kubur.

Bila YMDS nak buat lampu jalan depan rumah YMDS?

Mankin banyak orang menembak kera mankin bertambah kera yang datang diperekitaran rumah YMDS.

YMDS hendaklah turun padang, lihat sendiri, bukan tanya JKKK, Tebing Tinggi. Kalau tanya JKKK Tebing Tinggi mereka suruh buat lampu dekat rumah mereka sahaja.

Buat eksperimen dengan menanam pokok betik keliling kolam di belakang rumah YMDS.

Lihat apa akan terjadi?

Anonymous said...

Adakah trend sekarang masih semua cikgu jadi setiuasaha UMNO dan businessman jadi ketuanya seperti Cikgu Wahid.

Anonymous said...

Melihat prestasi YMDS ramai warga emas akan membantu YMDS dalam PR 13 ini.

Tapi kaum muda masih berpegang kepada isu semasa.

Kita hendaklah jelaskan kepada mereka apa yang sebenarnya berlaku sebelum PR 13.

Mereka dari kampung yang jarang2 YMDS lawati berpegang kepada walau apa parti memerintah mereka tetap masih ditakuk yang lama.

Jika kita rajin duit pun bertambah, TIDAK ADA KENA DENGAN PARTI YANG MEMERINTAH. Pokok pangkalnya rajin.

Kalau rajin belajar bertambahlah pendapatan kita. Tak kira apa parti pun memerintah jika kita keluarga yang rajin. Faktor kedudukan semankin baik ialah rajin bukan kena mengena dengan parti.

Anonymous said...

Kalau YMDS turapkan jalan melalui tanah orang kampung nilai tanah orang kampung akan naik, Tapi kalau YMDS baiki jalan melalui estet dan hutan simpan yang untung ialah estet yang sudah banyak mendapat untung dan juga kerajaan. CSR estet juga bukan membantu kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya masih berharap Boustead menturap jalan dari Sungai Dendang, Jalan Ijok ke Malaya Estate Jalan Taiping. Atau pun dari Lembah Keluang ke Sungai Krian, kawasan kaki pancing.

Sime Darby boleh menurap dari Sunagi Malau Jalan Bagan Serai ke Jalan Taiping. Mereka hanya perlu menurap sebagai bantuan CSR mereka,

Begitu juga Genting plantation dari jalan arah ke Ijok merentasi ke jalan Selama.