Template by:
Free Blog Templates

26 December 2012

Dermasiswa



Masyarakat mengalu-alukan hasrat kerajaan Perak untuk mengadakan tuisyen secara online,tahun depan.

Mereka memuji rancangan kerajaan Perak itu untuk meningkatkan bidang pendidikan terutama dikalangan pelajar-pelajar luarbandar.

Menteri besar perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam pembentangan bajet 2013 baru-baru ini telah mengumumkan rm 2.2 juta untuk tujuan tersebut.

 
Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian dermasiswa pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di sekolah kebangsaan felda, Ijok, petang tadi.

Seramai 31 orang pelajar IPT dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah menerima dermasiswa yayasan Perak bernilai rm 25,000 daripada beliau.
























Katanya,sebanyak rm 2 juta lebih diperuntukan bagi aktiviti persatuan ibubapa (PIBG) di Perak tahun depan.

Kerajaan Perak sejak tahun 2009 hingga tahun ini telah membelanjakan kira-kira rm 34 juta bagi bayaran dermasiswa kepada 45,000 pelajar IPT di negeri ini.

Kerajaan Perak juga akan membelanjakan rm 42 juta untuk program pendidikan tahun depan.

0 comments: