Template by:
Free Blog Templates

29 December 2012

Bantuan



Ketua-Ketua Kampung dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah disaran mengenal pasti pemilik- pemilik tanah yang terlibat dengan menaik taraf sungai bagi mencegah banjir.






Sebanyak 478 lot tanah dikenal pasti Jabatan Parit dan Saliran  (JPS) bagi tujuan tersebut manakala peruntukan untuk pembayaran pampasan ialah RM 11.2 juta.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan program pengurusan bencana peringkat komuniti Daerah Larut, Matang dan Selama di Sekolah Model Khas Redang Panjang, tengahari tadi.

Projek menaik taraf sungai sepanjang 34 kilometer itu yang akan bermula dari Tebing Tinggi hingga ke Kampung Sangkut akan bermula awal tahun depan melibatkan peruntukan RM 38 juta.

Beliau menambah, satu perjumpaan juga akan diadakan dengan pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan projek tersebut bagi mencapai kata persetujuan sebelum ia dimulakan.

























Mengenai menghadapi banjir, beliau telah meminta Ketua-ketua Kampung mengenalpasti bangunan yang sesuai untuk dijadikan pusat-pusat pemindahan di tempat masing-masing.

Dewan Serbaguna, Dewan Orangramai dan bagunan Sekolah boleh dijadikan tempat pemindahan tersebut dan pihak pengurusan diharap memberikan kerjasama. 

Major Rosli Harun adalah diantara tetamu yanh hadir di proram anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program sehari itu yang melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

0 comments: